Semalam, sy & Mr Asben macam biasa dgn rutin mencari kotak di kawasan pembuangan sampah... setelah van sy parking, tetiba datang sebuah kereta menghampiri kami lalu keluar kepala seorang 'madam" berbangsa China dr kereta tersebut. Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya nak membuang sampah jer...tapi sy sgtlah sakit nya hati kerana 'madam' ni main campak mcm tu jer sampah dalam beg plastik. dah lah baling pun setakat jatuh kat atas jalan je... memang betul kata Mr Asben,, itulah sikap kita yg hidup senang. naik kereta mewah n cantik...tapi perangai n sikap kelaut.. marah memang le dah marah tapi sedih pun ada. Dah tu.. menambahkan sakitnya hati, 'madam' tu boleh tanya kat kami...."melayu pun ada buat ini kerja ka?"......waaaaaaaa meruap-ruap rasanya... sy langsung tak na jawab, takut nanti menyakitkan hati org, kita pulak yg berdosa. Tapi Mr Asben yg ambik kesempatan jawab... "Melayu pun pandai makan maaa",Melayu pun mauk carik duit...... Dia dgn tersipu2 ,sambil berkata,"saya ingat cina saja pandai bikin ini kelija ..." terus dia beredar dari situ... Kejadian ini amat menyedihkan hati sy (Mr Asben memang dah selalu cerita kt sy), kerana sikap masyarakat yg mungkin sombong & jahil serta masih lagi berada di takuk lama.Sikap yg masih berfikiran di zaman lama, yg mana org yg buat recycle, kumpul kotak, tin & lain2 lagi di anggap kotor n menjijikan.. Namun tidak kah mereka sedar, kami yg membuat pekerjaan ini sebenarnya menyumbang suatu kaedah kpd masyarakat, kami memudahkan lagi tugas pihak Majlis Bandaraya tentang pembuangan sampah, kami juga menolong membersihkan bandaraya di samping mendapat hasil yang lumayan daripada hasil kerja kami ini. Pada pendapat sy, kerajaan Malaysia patut mengadakan kempen kitar semula yang lebih giat lagi dengan memberitahu masyarakat tentang faedah Kitar semula dan kebaikannya. Banyak lagi sikap masyarakat yang ingin sy kongsikan di sini, memang ada yang menghargai kerja kami namun yang menghina serta memandang rendah adalah lebih ramai. bagi yang mengetahui faedahnya dan hasil yang agak lumayan, pasti memberi sokongan. namun bagi yang masih jahil, serta tidak tahu, masih tetap dengan pandangan sinisnya, dan yang lebih teruk lagi adalah bagi yang jahil serta sombong , mereka memandang jijik akan pekerjaan ini, tidak kah mereka sedar bahawa merekalah yang menghasilkan semua sampah sarap tersebut, andai tiada org yg mampu membuat kerja tersebut, pasti longgokan sampah sarap dapat dilihat dimana-mana. Namun sy percaya, org yg spt ini , jika dilonggok kan dengan RM, pasti mereka berebut2 nak mengambil RM tersebut, tak pula mereka kata RM tu busuk mcm bau dr tong sampah... inilah yg pernah sy alami. Sedangkan RM itu adalah dari hasil longgokan sampah yang dikutip dari barang buangan mereka sendiri. Mr Asben selalu kata, kerja kami ni sebenarnya hanya ambik RM dr tong sampah.... org bodo je yg tak tau... Apa sebab kata mcm tu...sebab sambil balik dr kerja, kami singgah di semua tong sampah di sepanjang perjalan pulang... alhamdulillah, dapatlah hasil buat belanja duit minyak, beli lauk harian n belanja anak2 sekolah, malah dapat juga menyimpan.. percaya atau tidak, hasil dari pekerjaan ini secara sambilan, kami dapat membeli 2 buah van 2nd hand secara cash... Syukur Alhamdulillah... Buat yang tak percaya tu... bukalah mata & minda agar sikap 3R ini dapat diamalkan sentiasa disamping menjaga kebersihan persekitaran kita.
No comments:
Post a Comment