Monday, 23 March 2015

Berakhirnya cuti sekolah...

Hari ni, anak2 mula kembali ke sekolah... mulalah rutin harian yg tersangat pack.terjaga jam 4.00am.. sebab baby Aina nak nenen.Terkejut tengok Ammar dah bangun.. rupa-rupanya dia tak tidur...Ammar kata, tak dapat tidur...Alamak...nanti mesti dia ngantuk kat sekolah. hmmmm, mama Ana suruh Ammar mandi, takut nanti dah jam 6pm dia ngantuk pulak. so, mama pun terus siapkan apa2 yg patut n jam 6.30am, terus hantar semua g skolah n rumah nekcu. Harap-harap Ammar ok.Dan pesan kat Aliff n Danish, petang nanti just bawa Ammar balik je, tak yah pergi kelas petang... surely dia ngantuk sgt masa tu. Dah lah pagi ni, mama Ana stress sgt tentang org2 kt opis...kt dept ni, hari ni cuma sy tinggal sorang.. dia org ni bukan nak bagi tau awal2 kalau nak pergi atau apa2 berlaku. Tapi kalau ada problem, yg tinggal ni jugaklah yg kena mengadap. Sometimes rasa macam tak dihargai je.Tak tau le kenapa n siapa yg silap... rasa2nya mestilah hod kan... kerana dialah yg mengepalai dept. Dialah yg kena atur semua pekerja dia. Tapi tidak di sini.. ada hod tapi organising staff memang kelaut...Sorry sgt2 terpaksa cakap macam ni...sebab tengah stress kan...Sepatutnya, kalau nak pergi training pun apa salahnya take turn (2 in n 2 out)...ni tinggal lah aku kat sini. dan org boleh kata tak de org kt dept ni sedangkan sy sentiasa kat sini kecuali masa lunch n pergi ladies. Sedihnya.... Tapi, tak pe sy tetap sabar... Allah tahu... saya tak curi tulang, tetap dgn tanggung jawab... Moga apa yang aku buat ni berbaloi dan sentiasa dirahmati Allah.

Friday, 20 March 2015

Stylista Bazaar @ PermyMall, Miri

Hari ni Permy Mall Mgt mengadakan bazaar Stylista yg mempamerkan beberapa stall yg menjual barangan muslimah, baby, food n barangan craft and so on.. Banyak yg menarik kat sini, harga pun berpatutan. Mama Ana pun sibuk jugaklah nak tengok untuk anak2 dara yg comei... pusing2.. tup tup terjumpa dgn anak buah Faza & Fatin yg juga membuka stall (Nang Sedang).. cantik2 barangan craft yg dihasilkan. Mama Ana pun ambik jugaklah 7 biji pin dgn harga RM10... nanti pasti nak beli lagi... pada semua yg ada kelapangan, jemputlah meramaikan jualan bazaar ni k..

 
7 biji pin ni mama Ana beli dr Stall Nang Sedang ... ownernya anak buah mama Ana juga.. Faza & Fatin..

Thursday, 19 March 2015

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah, today is Jumaat yg mulia muncul lagi... Pagi ni, Babah kena pergi kerja awal krn nak kena pergi Tmn Tunku, ada projek pasang tiang lampu. Mama lihat baby Aina masih nyenyak tidur... tak nak le dia terjaga krn nanti mesti susah nak buat kerja memasak. Cepat2ler mama masak n jemur baju di ampaian, syukur semua done n sempat juga mandi....semua done. mama kejutkan abg Alif n Kakak Ain... dan siapkn van...alamak.. bagi makan orea & meme dulu ye.... ok.. jom kita g umah nekcu... Jam dah 8.30am Alamak ... mama ternampak botol air babah tertinggal kat verandah..hmmm lupa lagi lah ni.. kesian babah nanti nak minum air dah tak de..hope babah ok nanti... Sampai kt umah mak ngah, nek cu dah tgu kat gate... Aina (Nana) pun sebok dgn Sunglasses nya.. cewah... bgaya la sgt anak dara aku ni.. anyway hari ni, mama berjaya settle kan tugas tanpa Nana merengek..hopefully petang nanti pun ok mcm ni..

Projek 3R

Semalam, sy & Mr Asben macam biasa dgn rutin mencari kotak di kawasan pembuangan sampah... setelah van sy parking, tetiba datang sebuah kereta menghampiri kami lalu keluar kepala seorang 'madam" berbangsa China dr kereta tersebut. Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya nak membuang sampah jer...tapi sy sgtlah sakit nya hati kerana 'madam' ni main campak mcm tu jer sampah dalam beg plastik. dah lah baling pun setakat jatuh kat atas jalan je... memang betul kata Mr Asben,, itulah sikap kita yg hidup senang. naik kereta mewah n cantik...tapi perangai n sikap kelaut.. marah memang le dah marah tapi sedih pun ada. Dah tu.. menambahkan sakitnya hati, 'madam' tu boleh tanya kat kami...."melayu pun ada buat ini kerja ka?"......waaaaaaaa meruap-ruap rasanya... sy langsung tak na jawab, takut nanti menyakitkan hati org, kita pulak yg berdosa. Tapi Mr Asben yg ambik kesempatan jawab... "Melayu pun pandai makan maaa",Melayu pun mauk carik duit...... Dia dgn tersipu2 ,sambil berkata,"saya ingat cina saja pandai bikin ini kelija ..." terus dia beredar dari situ... Kejadian ini amat menyedihkan hati sy (Mr Asben memang dah selalu cerita kt sy), kerana sikap masyarakat yg mungkin sombong & jahil serta masih lagi berada di takuk lama.Sikap yg masih berfikiran di zaman lama, yg mana org yg buat recycle, kumpul kotak, tin & lain2 lagi di anggap kotor n menjijikan.. Namun tidak kah mereka sedar, kami yg membuat pekerjaan ini sebenarnya menyumbang suatu kaedah kpd masyarakat, kami memudahkan lagi tugas pihak Majlis Bandaraya tentang pembuangan sampah, kami juga menolong membersihkan bandaraya di samping mendapat hasil yang lumayan daripada hasil kerja kami ini. Pada pendapat sy, kerajaan Malaysia patut mengadakan kempen kitar semula yang lebih giat lagi dengan memberitahu masyarakat tentang faedah Kitar semula dan kebaikannya. Banyak lagi sikap masyarakat yang ingin sy kongsikan di sini, memang ada yang menghargai kerja kami namun yang menghina serta memandang rendah adalah lebih ramai. bagi yang mengetahui faedahnya dan hasil yang agak lumayan, pasti memberi sokongan. namun bagi yang masih jahil, serta tidak tahu, masih tetap dengan pandangan sinisnya, dan yang lebih teruk lagi adalah bagi yang jahil serta sombong , mereka memandang jijik akan pekerjaan ini, tidak kah mereka sedar bahawa merekalah yang menghasilkan semua sampah sarap tersebut, andai tiada org yg mampu membuat kerja tersebut, pasti longgokan sampah sarap dapat dilihat dimana-mana. Namun sy percaya, org yg spt ini , jika dilonggok kan dengan RM, pasti mereka berebut2 nak mengambil RM tersebut, tak pula mereka kata RM tu busuk mcm bau dr tong sampah... inilah yg pernah sy alami. Sedangkan RM itu adalah dari hasil longgokan sampah yang dikutip dari barang buangan mereka sendiri. Mr Asben selalu kata, kerja kami ni sebenarnya hanya ambik RM dr tong sampah.... org bodo je yg tak tau... Apa sebab kata mcm tu...sebab sambil balik dr kerja, kami singgah di semua tong sampah di sepanjang perjalan pulang... alhamdulillah, dapatlah hasil buat belanja duit minyak, beli lauk harian n belanja anak2 sekolah, malah dapat juga menyimpan.. percaya atau tidak, hasil dari pekerjaan ini secara sambilan, kami dapat membeli 2 buah van 2nd hand secara cash... Syukur Alhamdulillah... Buat yang tak percaya tu... bukalah mata & minda agar sikap 3R ini dapat diamalkan sentiasa disamping menjaga kebersihan persekitaran kita.