Thursday, 16 April 2015
Jumaat datang lagi..
Salam Hari Jumaat buat semua...
pagi ni, mama Ana sempat menonton rancangan MHI bersama DFMK, menceritakan kisah kanak2 yg mengidap kanser mata stage 4, Ya Allah, sedihnya... mama menangis dan sempat berdoa moga disembuhkan lah penyakitnya dan ringankn beban sakitnya. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. Moga Allah merahmati kita semua. Marilah kita sama-sama berdoa dipermudahkan segalanya buat mereka yang mengidap penyakit seperti ini.Dan moga diberi kekuatan kepada ahli keluarga mereka terutama ibu dan bapanya.
Mama Ana sempat google cerita mereka tadi... moga dapat memberi kesedaran buat kita semua, tentang segala rahmat dan kesihatan kita ini datangnya dari Allah SWT. sentiasa berdoa dan sentiasa berusaha.
Untuk anak-anak Mama.. mama sentiasa doakan kesejahteraan buat kamu semua...moga dipermudahkan kamu semua untuk belajar dan menimba ilmu yang disampaikan oleh gurumu di sekolah, moga dilembutkan hati mu untuk mendengar nasihat dan teguran org tua mu dan moga kamu semua menjadi hamba Allah yang dpt menjadi pemimpin (khalifah) dibumi Allah dan berjasa kepada masyarakat,bangsa & yg paling penting sentiasa berbakti kpd kedua ibu bapa. Serta tetap menegakkan Agama Allah.
Harapan mama, moga 3 org putera mama dapat menjadi org yg mengusung jenazah mama nanti,serta menyambut mama dan meletakkan mama di laing lahad nanti. dan 2 org puteri mama menjadi org yang memandikan jenazah mama buat kali yg terakhir.Moga kalian menjadi putera & puteri yang dirahmati Allah di dunia dan di akhirat. Doa mama sentiasa mengiringi kamu semua.
a
Subscribe to:
Comments (Atom)