Sunday 24 May 2015

Rindu Ibu...


Pagi tadi.....sesampai jer kt umah kc, Ucu bg tau Mak Unggal ada datang semalam ngan kakak. Ucu tanya mak unggal ada g umah Ana tak. Mak Unggal jawab, dia org g patut pi tengok dia bukan nya dia yg g jenguk anak2.Mak Unggal kata dia org ni tak nak jenguk dia.. sedih nya rasa hati bila dengar mak unggal cakap macam tu. kalau lah betul mak unggal cakap macam tu, saya cuma harap mak unggal faham keadaan saya yg sentiasa sibuk dgn anak2, ke sana sini mencari rezeki yang halal, ada terfikir nk pergi jenguk mak unggal tapi cuma masa yang belum tepat nak ke situ. Lalu saya tanya kt Ucu, kenapa mak unggal tak jenguk anak2nya yang lain, yang sentiasa dicurahkan kasih sayang sejak kecil, kenapa kata2 spt itu juga dilontarkan kepada saya, anak yang dah lama disisihkan, yang selama ini tenggelam timbul sorang2, masa susah nak mintak tolong pun tak da org yang dapat tolong. Kenapa perkataan seperti itu dilontarkn juga kpd aku, anak yang serba kekurangan, anak yg spt melukut ditepi gantang. Mak unggal juga ada anak yang dah menetap di KL, Kakak pun ada ajak mak Unggal dok kt KL, tapi macam2 alasan yg mak unggal bagi, sekarang mak unggal rasa bosan dok kat umah, tu yang pegi jalan2 melawat sedara mara. Mak unggal tak pergi pun rumah Ana, alasan... tak tahu jalan krn Ana baru pindah rumah tu...Hmmmmmmm. Terasa hati betul Ana dgn kata2 Ucu, seolah2 Ana tak peduli langsung tentang Mak Unggal. Sedangkan memang dah lama Ana plan nk jenguk Mak Unggal n bawak dia n kakak pg makan2, cuma masa je yg belum mengizinkan. Ucu cuma diam bila dengar Ana kata, kenapa mak unggal tak g melawat anak2 nya yg lain, yg selalu disayang dan bawak dia g cuti, tak pergi rumah Ana oun tak pe, Ana faham sangat keadaan Ana yg sebatang kara ni, nanti kalau sakit, anak2 jugalah yg pertama diingat. Bagi Ana, sekadar doa pun sangat mencukupi bagi Ana, dari kecik sampai tua ni...kasih ibu hanyalah di pandangan dan dibibir sahaja, Ana tak pernah merasa kasih sayang ibu pun, jadi Ana faham semua tu. Namun Ana berdoa agar Mak unggal tak pernah sisihkan Ana dari perasaan dia. Ana cuma mohon agar doa mak unggal sebagai ibu sentiasa bersama Ana N anak2. Dan Ana juga sentiasa mendoakan kebaikan dan kesahjeteraan buat mak unggal n arwah pak unggal, kerana tanpa mereka tiadalah Ana dibumi Allah ini. Kini, Ana cuba sedaya upaya mencurahkan sebanyak kasih sayang buat anak2, moga mereka tidak rasa tersisih...dan sentiasa mengingati ibu mereka walau dimana sahaja mereka berada. Ana faham anak2 sekarang sentiasa sibuk dgn tugas n aktiviti harian mereka, moga mereka juga dirahmati Allah sentiasa. Buat Mak Unggal, apa jua pun, Ana tetap sayangkan mak unggal lebih dari nyawa Ana sendiiri, Ana faham sbg ibu, ibu mana yg tak sayangkan anak...(ibu sakit jiwa jer kot-mcm yg dlm Fb tu baling2 anak)...kut2 Ucu jer yg tokok tambah kata macam tu...hmmmm Apa-apa pun... Ana tetap sayang mak unggal.... moga dipanjangkan umur untuk berjumpa dgn mak unggal....Allah yg lebih mengetahui segalanya...

Thursday 16 April 2015

Jumaat datang lagi..

Salam Hari Jumaat buat semua... pagi ni, mama Ana sempat menonton rancangan MHI bersama DFMK, menceritakan kisah kanak2 yg mengidap kanser mata stage 4, Ya Allah, sedihnya... mama menangis dan sempat berdoa moga disembuhkan lah penyakitnya dan ringankn beban sakitnya. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. Moga Allah merahmati kita semua. Marilah kita sama-sama berdoa dipermudahkan segalanya buat mereka yang mengidap penyakit seperti ini.Dan moga diberi kekuatan kepada ahli keluarga mereka terutama ibu dan bapanya. Mama Ana sempat google cerita mereka tadi... moga dapat memberi kesedaran buat kita semua, tentang segala rahmat dan kesihatan kita ini datangnya dari Allah SWT. sentiasa berdoa dan sentiasa berusaha. Untuk anak-anak Mama.. mama sentiasa doakan kesejahteraan buat kamu semua...moga dipermudahkan kamu semua untuk belajar dan menimba ilmu yang disampaikan oleh gurumu di sekolah, moga dilembutkan hati mu untuk mendengar nasihat dan teguran org tua mu dan moga kamu semua menjadi hamba Allah yang dpt menjadi pemimpin (khalifah) dibumi Allah dan berjasa kepada masyarakat,bangsa & yg paling penting sentiasa berbakti kpd kedua ibu bapa. Serta tetap menegakkan Agama Allah. Harapan mama, moga 3 org putera mama dapat menjadi org yg mengusung jenazah mama nanti,serta menyambut mama dan meletakkan mama di laing lahad nanti. dan 2 org puteri mama menjadi org yang memandikan jenazah mama buat kali yg terakhir.Moga kalian menjadi putera & puteri yang dirahmati Allah di dunia dan di akhirat. Doa mama sentiasa mengiringi kamu semua. a

Monday 23 March 2015

Berakhirnya cuti sekolah...

Hari ni, anak2 mula kembali ke sekolah... mulalah rutin harian yg tersangat pack.terjaga jam 4.00am.. sebab baby Aina nak nenen.Terkejut tengok Ammar dah bangun.. rupa-rupanya dia tak tidur...Ammar kata, tak dapat tidur...Alamak...nanti mesti dia ngantuk kat sekolah. hmmmm, mama Ana suruh Ammar mandi, takut nanti dah jam 6pm dia ngantuk pulak. so, mama pun terus siapkan apa2 yg patut n jam 6.30am, terus hantar semua g skolah n rumah nekcu. Harap-harap Ammar ok.Dan pesan kat Aliff n Danish, petang nanti just bawa Ammar balik je, tak yah pergi kelas petang... surely dia ngantuk sgt masa tu. Dah lah pagi ni, mama Ana stress sgt tentang org2 kt opis...kt dept ni, hari ni cuma sy tinggal sorang.. dia org ni bukan nak bagi tau awal2 kalau nak pergi atau apa2 berlaku. Tapi kalau ada problem, yg tinggal ni jugaklah yg kena mengadap. Sometimes rasa macam tak dihargai je.Tak tau le kenapa n siapa yg silap... rasa2nya mestilah hod kan... kerana dialah yg mengepalai dept. Dialah yg kena atur semua pekerja dia. Tapi tidak di sini.. ada hod tapi organising staff memang kelaut...Sorry sgt2 terpaksa cakap macam ni...sebab tengah stress kan...Sepatutnya, kalau nak pergi training pun apa salahnya take turn (2 in n 2 out)...ni tinggal lah aku kat sini. dan org boleh kata tak de org kt dept ni sedangkan sy sentiasa kat sini kecuali masa lunch n pergi ladies. Sedihnya.... Tapi, tak pe sy tetap sabar... Allah tahu... saya tak curi tulang, tetap dgn tanggung jawab... Moga apa yang aku buat ni berbaloi dan sentiasa dirahmati Allah.

Friday 20 March 2015

Stylista Bazaar @ PermyMall, Miri

Hari ni Permy Mall Mgt mengadakan bazaar Stylista yg mempamerkan beberapa stall yg menjual barangan muslimah, baby, food n barangan craft and so on.. Banyak yg menarik kat sini, harga pun berpatutan. Mama Ana pun sibuk jugaklah nak tengok untuk anak2 dara yg comei... pusing2.. tup tup terjumpa dgn anak buah Faza & Fatin yg juga membuka stall (Nang Sedang).. cantik2 barangan craft yg dihasilkan. Mama Ana pun ambik jugaklah 7 biji pin dgn harga RM10... nanti pasti nak beli lagi... pada semua yg ada kelapangan, jemputlah meramaikan jualan bazaar ni k..

 
7 biji pin ni mama Ana beli dr Stall Nang Sedang ... ownernya anak buah mama Ana juga.. Faza & Fatin..

Thursday 19 March 2015

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah, today is Jumaat yg mulia muncul lagi... Pagi ni, Babah kena pergi kerja awal krn nak kena pergi Tmn Tunku, ada projek pasang tiang lampu. Mama lihat baby Aina masih nyenyak tidur... tak nak le dia terjaga krn nanti mesti susah nak buat kerja memasak. Cepat2ler mama masak n jemur baju di ampaian, syukur semua done n sempat juga mandi....semua done. mama kejutkan abg Alif n Kakak Ain... dan siapkn van...alamak.. bagi makan orea & meme dulu ye.... ok.. jom kita g umah nekcu... Jam dah 8.30am Alamak ... mama ternampak botol air babah tertinggal kat verandah..hmmm lupa lagi lah ni.. kesian babah nanti nak minum air dah tak de..hope babah ok nanti... Sampai kt umah mak ngah, nek cu dah tgu kat gate... Aina (Nana) pun sebok dgn Sunglasses nya.. cewah... bgaya la sgt anak dara aku ni.. anyway hari ni, mama berjaya settle kan tugas tanpa Nana merengek..hopefully petang nanti pun ok mcm ni..

Projek 3R

Semalam, sy & Mr Asben macam biasa dgn rutin mencari kotak di kawasan pembuangan sampah... setelah van sy parking, tetiba datang sebuah kereta menghampiri kami lalu keluar kepala seorang 'madam" berbangsa China dr kereta tersebut. Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya nak membuang sampah jer...tapi sy sgtlah sakit nya hati kerana 'madam' ni main campak mcm tu jer sampah dalam beg plastik. dah lah baling pun setakat jatuh kat atas jalan je... memang betul kata Mr Asben,, itulah sikap kita yg hidup senang. naik kereta mewah n cantik...tapi perangai n sikap kelaut.. marah memang le dah marah tapi sedih pun ada. Dah tu.. menambahkan sakitnya hati, 'madam' tu boleh tanya kat kami...."melayu pun ada buat ini kerja ka?"......waaaaaaaa meruap-ruap rasanya... sy langsung tak na jawab, takut nanti menyakitkan hati org, kita pulak yg berdosa. Tapi Mr Asben yg ambik kesempatan jawab... "Melayu pun pandai makan maaa",Melayu pun mauk carik duit...... Dia dgn tersipu2 ,sambil berkata,"saya ingat cina saja pandai bikin ini kelija ..." terus dia beredar dari situ... Kejadian ini amat menyedihkan hati sy (Mr Asben memang dah selalu cerita kt sy), kerana sikap masyarakat yg mungkin sombong & jahil serta masih lagi berada di takuk lama.Sikap yg masih berfikiran di zaman lama, yg mana org yg buat recycle, kumpul kotak, tin & lain2 lagi di anggap kotor n menjijikan.. Namun tidak kah mereka sedar, kami yg membuat pekerjaan ini sebenarnya menyumbang suatu kaedah kpd masyarakat, kami memudahkan lagi tugas pihak Majlis Bandaraya tentang pembuangan sampah, kami juga menolong membersihkan bandaraya di samping mendapat hasil yang lumayan daripada hasil kerja kami ini. Pada pendapat sy, kerajaan Malaysia patut mengadakan kempen kitar semula yang lebih giat lagi dengan memberitahu masyarakat tentang faedah Kitar semula dan kebaikannya. Banyak lagi sikap masyarakat yang ingin sy kongsikan di sini, memang ada yang menghargai kerja kami namun yang menghina serta memandang rendah adalah lebih ramai. bagi yang mengetahui faedahnya dan hasil yang agak lumayan, pasti memberi sokongan. namun bagi yang masih jahil, serta tidak tahu, masih tetap dengan pandangan sinisnya, dan yang lebih teruk lagi adalah bagi yang jahil serta sombong , mereka memandang jijik akan pekerjaan ini, tidak kah mereka sedar bahawa merekalah yang menghasilkan semua sampah sarap tersebut, andai tiada org yg mampu membuat kerja tersebut, pasti longgokan sampah sarap dapat dilihat dimana-mana. Namun sy percaya, org yg spt ini , jika dilonggok kan dengan RM, pasti mereka berebut2 nak mengambil RM tersebut, tak pula mereka kata RM tu busuk mcm bau dr tong sampah... inilah yg pernah sy alami. Sedangkan RM itu adalah dari hasil longgokan sampah yang dikutip dari barang buangan mereka sendiri. Mr Asben selalu kata, kerja kami ni sebenarnya hanya ambik RM dr tong sampah.... org bodo je yg tak tau... Apa sebab kata mcm tu...sebab sambil balik dr kerja, kami singgah di semua tong sampah di sepanjang perjalan pulang... alhamdulillah, dapatlah hasil buat belanja duit minyak, beli lauk harian n belanja anak2 sekolah, malah dapat juga menyimpan.. percaya atau tidak, hasil dari pekerjaan ini secara sambilan, kami dapat membeli 2 buah van 2nd hand secara cash... Syukur Alhamdulillah... Buat yang tak percaya tu... bukalah mata & minda agar sikap 3R ini dapat diamalkan sentiasa disamping menjaga kebersihan persekitaran kita.